Infaq dan Derma

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,


SUMBANGAN INFAQ DAN DERMA UNTUK PENUBUHAN AL MAAHAD AS SALAFI PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL-QAYYIM MALAYSIA ( IQ ) CAWANGAN PERAK DI PEKAN RAZAKI.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Pengelola Al Maahad  As Salafi,Pertubuhan Kebajikan Al Qayyim ( IQ ) Pekan Razaki Ipoh  Perak, merayu sumbangan infaq dan derma daripada pihak YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengisi tabung kewangan bagi membantu membiayai kos  penubuhan Al Maahad yang akan bermula pada awal tahun 2013 insyallah.

3. Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, sumbangan derma yang terkumpul akan digunakan bagi menampung sebahagian daripada aktiviti harian pelajar serta belanja mengurus/operasi dan pembangunan Al Maahad ini yang memerlukan jumlah kewangan yang besar. Segala bentuk sumbangan tunai/cek bolehlah dikreditkan  melalui  akaun:


 PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL QAYYIM PERAK
 CIMB ( ISLAMIC ) TASEK IPOH PERAK.

NO AKAUN :  08220000275106



Sekian, terima kasih.



Yang berusaha ,


Ustaz  Nur Kamarul Hisan Bin Osman
Pengerusi,
Lembaga Pengelola Al Maahad  As Salafi
Pekan Razaki Ipoh.