Firman Allah SWT (maksud) :
”Wahai Nabi, perintakanlah kepada para isteri, anak perempuan dan wanita mukminah yang lain bahawa mereka hendaklah menutup tubuh mereka dengan pakaian
(yang menutup aurat).
“... Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik(syurga)”
( Ali Imran : 14 )
Manusia telah dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia. Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak-kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya. Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak dan menyebabkan kehidupan tidak tenteram. Islam telah mengiktiraf hak-hak batin manusia melalui firman Allah Taala diatas tadi.
Namun, dalam menyahut kehendak batin dan jiwa, Islam meletakkan batas-batas tertentu. Batas-batas ini sekiranya dilanggar akan menyebabkan kerosakan dan kemudaratan kepada individu dan masyarakat muslim. Allah SWT memastikan kebahagiaan hidup makhlukNya di alam ini dengan batas-batas hukum melalui wahyu dan disampaikan oleh Baginda SAW kepada umatnya. Lantaran itu, Allah murka kepada orang yang mengharamkan perhiasan dan kelazatan-kelazatan yang telah dikurniakan kepada hamba-hambaNya di pentas dunia ini dan juga kepada hamba-hambaNya yang melampaui atau melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan olehNya.
“Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang telah
dikeluarkan untuk hamba-hambaNya dan mengharamkan rezeki yang baik.”
( Al-A’raaf : 32 )
Termasuk didalam keindahan atau perhiasan yang diberikan kepada manusia, ialah hiburan. Kini dunia Islam menghadapi perkembangan ‘dunia seni’ yang lebih mencabar. Dengan berlakunya persekongkolan tamadun dengan barat, umat Islam diserang dengan arus massa yang amat deras. Tamadun material Barat telah mengeksport ke dunia Islam berbagai-bagai corak seni yang meliputi perfileman, drama, nyanyian, dokumentari dan seumpamanya melalui wasilah-wasilah massa seperti TV, radio, wayang, video, komputer, satelit dan sebagainya termasuk menggunakan antara senjata yang paling kuat, iaitu mengesploiditasikan wanita.
Mereka (Barat) menjadikan dunia seni seumpama neraka jahannam yang menjadi ancaman yang amat merbahaya dan sukar ditangkis oleh umat Islam di masa kini. Umat Islam seolah-olah sudah tidak bermaya lagi untuk menangkis serangan-serangan tersebut. Ada diantara kita seumpama ‘Pak Angguk’ yang menerima sahaja segala apa yang dikurniakan oleh barat kepada kita tanpa menilai baik atau buruk, membina atau tidak.
Oleh itu, tokoh-tokoh Islam, cendiakawan Islam, ustaz -ustazah termasuklah ibu bapa sebagai pemimpin keluarga perlu menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan mengikut batas syara’ serta mengemukakan alternatif-alternatif baru yang dapat menggalang-gantikan bentuk-bentuk hiburan barat yang jauh lebih melencong daripada hukum-hukum Allah SWT. Ini kerana apabaila dilihat, masyarakat Islam di negara kita juga termasuk sebagai mangsa.
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…”
( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari )
Berikut adalah diantara perkara-perkara (hiburan) yang menjadi masalah kepada umat Islam dinegara kita ini sebagai renungan kepada orang-orang yang berfikir dan beriman .
1. Program Realiti Akademi Fantasia
2. Program Realiti Mentor.
3. Program Realiti Raja Lawak
4. Program Realiti Sehati Berdansa/ Mari Menari
5. Program Realiti One In A Million
6. Program Realiti Starz LG
7. Program Realiti Bintang Idola Kecil
8. Konsert-konsert terbuka seperti Sure Heboh, Festival Muzik, Pertandingan Kugiran dan
Kareoke, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Filem Malaysia, serta
bermacam -macam lagi termasuklah dunia sukan.
9. Filem,Cerita,Pawagam.
10.Majalah URTV,MANGGA dan sebagainya.
Diantara contoh dan kesan buruk yang berkemungkinan berlaku dan telah pun berlaku ialah :
1. Batas aurat lelaki dan wanita tidak dijaga. Walaupun dari penglihatan kasar, ada yang
menjaganya,namun bersubhah.(ada yang cara : “asal tutup pun jadilah”).
2. Solat Fardhu pasti ketinggalan, bahkan ada yang tidak bersolat kerana takut terlepas babak
atau artis kegemaran. Baik si penghibur mahupun si penonton.
3. Pembaziran duit untuk mengundi atau tiket masuk.
4. Filem yang berunsurkan tahyul dan ghairah. Walaupun alasan mereka(si penghibur), hanya
sebagai pengajaran dan panduan.( Niat baik, namun tidak betul cara)
5. Berlaku ketaksuban dan pemujaan kepada artis-artis atau bakal-bakal artis.(sedih bahkan
menangis jika ada artis pujaan tersingkir dari program realiti tersebut, walhal isteri,anak-
anak tidak tahu membaca Al-quran tidak pula bersedih atau menangis.)
6. Menjahanamkan masa depan remaja. Pada fikiran mereka, dapat cepat glamor dan malas
untuk belajar. Mereka nampak program realiti di Malaysia sebagai talian hayat atau jalan
pintas jikalau mereka gagal sekalipun dalam pelajaran.( harta dan duit)
7. Adakalanya hukum-hukum yang berkaitan dengan Islam dipermain-mainkan.
8. Mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia serta pelbagai lagi.
Sedar atau tidak, bahawa ada segelintir artis atau pun penghibur beragama Islam yang membawa imej bukan Islam( tidak menjaga auratnya dan memberikan hiburan agar umat Islam khayalkan kepada dirinya),telah pun menghina dan merosakkan Islam. Bahkan ada umat Islam di negara kita ini berani menganggapmereka itu sebagai Idola dan panduan hidup mereka. Namun Alhamdullillah, ada juga mereka yang benar-benar masih menjaga batas-batas hukum.
Yang pasti, inilah diantara perancangan Yahudi (Zionis) dan sekutunya dalam merosakkan umat Islam sehingga kini. Menjamukan dan memabukkan kita dengan hiburan yang terlampau. Mereka mencipta segala jenis kepelbagaian didalam hiburan termasuklah juga sukan. Dan apabila dinilai, mereka telah berjaya. Marilah kita renungkan sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dibawah ini (maksud) :
“ Daripada Abu Said Al-Khudri r.a berkata : Bahawasanya Rasullullah SAW bersabda :’Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal.sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk kedalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka’. Sahabat r.a lalu bertanya : ‘Ya Rasullullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang dimaksudkan ?‘ Lantas Baginda SAW menjawab:’Ya, siapa lagi jika bukan mereka.”