24/10/2012

MENJAWAB KENYATAAN PRESIDEN M.C.A , DATO’ SERI CHUA SOI LEK

MENJAWAB KENYATAAN PRESIDEN M.C.A , DATO’ SERI CHUA SOI LEK DAN SESIAPA SAHAJA TERHADAP TANGGAPAN NEGATIF PADA PERLAKSANAAN SYARIAT (UNDANG-UNDANG) ISLAM YANG MENYELURUH KHUSUSNYA HUDUD DI MALAYSIA.


Muqaddimah

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.
( Surah Al-An'aam :108 )


Seluruh muslim yang berpegang kepada ajaran Islam di didik melalui ayat suci al-Quran di atas, agar tidak menghina sebarang ajaran agama lain. Ini adalah satu perintah atau ketetapan terus melalui kita utama ajaran Islam, iaitu al-Quran.

Dengan “roh” yang sama, kami menyeru masyarakat di negara ini khususnya kepada “non muslim” agar mereka jua menghormati ajaran Islam agar kita dapat hidup di bumi Malaysia ini dalam keadaan aman dan harmoni.

Baru-baru ini telah berlaku beberapa isu penghinaan terhadap kepercayaan umat Islam termasuk didalam negara ini, khususnya yang berkaitan dengan undang-undang Islam (Hudud). Isu tersebut telah dibangkitkan oleh beberapa orang ahli politk tanahair dari parti M.C.A (Malaysian Chinese Association) termasuk Dato’ Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai presiden parti tersebut.

Beliau telah membangkitkan beberapa perkara yang sensitif ,atau yang lebih jelas telah menghina sistem perundangan Islam khususnya Hudud. Melalui maklumat pernyataan beliau dari beberapa media masa ,tiga perkara pokok penghinaan beliau ke atas undang-undang Islam itu ialah seperti berikut :


  1. Peraturan Syariat Islam adalah ketinggalan zaman dan tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
  2. Peraturan Islam merugikan negara dari daya saing ekonomi dan akan menyebabkan rakyat hilang pekerjaan.
  3. Peraturan Islam khususnya Hudud sangat berkait rapat dengan kemunduran dan negara-negara yang melaksanakannya berlaku rasuah yang berleluasa.


Kami salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (N.G.O) yang berteraskan Islam, menentang dengan sekeras-kerasnya sebarang tindakan atau peryataan yang menghina perundangan Islam. Disini kami akan menjawab tuduhan tersebut serta melampirkan beberapa statistik yang akan menunjukkan beberapa kepalsuan andaian yang tidak berasaskan fakta terhadap undang-undang Islam.


Jawapan bagi perkara 2 : Peraturan Islam merugikan negara dari daya saing ekonomi dan akan menyebabkan rakyat hilang pekerjaan.

Data yang dikumpulkan daripada I.M.F terbaru, iaitu set angka terkini yang diperolehi. Berikut merupakan senarai kedudukan untuk negara Islam terkaya di dunia
Qatar GDP (PPP) per capita: $ 88919 (2011)
Kuwait GDP (PPP) per capita: $54654 (2011)
Brunei GDP (PPP) per capita: $50506 (2010)
United Arab Emirates GDP (PPP) per capita: $48222 (2011)
Oman GDP (PPP) per capita: $28880 (2011)
Saudi Arabia GDP (PPP) per capita: $24434 (2011)
Bahrain GDP (PPP) per capita: $23, 690 (2011)
Turkey GDP (PPP) per capita: $16885 (2011)
Libya GDP (PPP) per capita: $16855 (2009)
Malaysia GDP (PPP) per capita: $15589 (2011)

Berdasarkan statistik di atas , Qatar di tempat pertama dan Saudi Arabia ditempat yang ke-enam negara Islam yang terkaya dan juga yang melaksnakan perundangan Islam adalah lebih tinggi dari Malaysia. Ini telah cukup untuk membuktikan negara yang melaksanakan undang-undang Islam tidaklah mundur dan miskin sebagaimana yang ditohmah.



Jawapan bagi perkara 3 : Peraturan Islam khususnya Hudud sangat berkait rapat dengan kemunduran dan negara-negara yang melaksanakannya berlaku rasuah yang berleluasa

Di sini kami lampirkan laporan dari kedudukan Indeks Rasuah Antarabangsa (Global Coruptoin Index) bagi negara umat Islam:

Qatar negara yang ke- 22
Kuwait negara yang ke- 54
Brunei negara yang ke- 44
United Arab Emirates negara yang ke- 28
Oman negara yang ke- 50
Saudi Arabia negara yang ke- 57
Bahrain negara yang ke- 46
Turkey negara yang ke- 61
Libya negara yang ke- 168
Malaysia negara yang ke- 60

Berdasarkan dari statistik di atas, dua negara yang melaksanakan perundangan Islam termasuk Hudud, iaitu Qatar ditangga ke- 22 indeks dunia dan Arab Saudi ditangga ke- 57 adalah lebih baik daripada Malaysia yang ditangga ke- 60 (yang belum melaksanakan Hudud). Dengan ini membuktikan negara –negara yang melaksanakan undang-undang Islam tidaklah mundur dari segi persepsi korupsi seperti yang ditohmah.
Sumber : http://cpi.transparency.org/cpi2011/results/


Sebagai tambahan, kami juga turut melampirkan Indeks Jenayah Antarabangsa. Seperti yang diketahui, negara yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi ialah Amerika. Manakala Indeks Jenayah Antarabangsa bagi negara Qatar dan Arab Saudi yang melaksanakan perundangan Islam menunjukan kadar jenayah yang lebih rendah dibandingkan dengan kebanyakan negara yang tidak melaksanakan perundangan Islam (Hudud) termasuklah Malaysia.

Amerika tangga pertama (11,877,218)
Qatar tangga ke - 79 (5,838)
Arab Saudi tangga ke – 48 (84,599)
Malaysia tangga ke – 37(167,173 )

Sumber : http://www.nationmaster.com/graph/cri_tot_cri-crime-total-crimes



KESIMPULAN :
Melalui statistik di atas, ianya jelas membuktikan kepalsuan dan fitnah yang dilontarkan terhadap perlaksanaan perundangan Islam (Hudud) adalah tidak berasas sama sekali. Menurut kenyataan dari Presiden M.C.A, kononnya negara yang dikatakan telah melaksanakan perundangan Islam (Hudud) seperti Pakistan dan Bahrain, sebenarnya tidaklah melaksanakan perundangan Islam (Hudud).

Kami menyeru sesiapa sahaja dari kalangan “non muslim” dan muslim sendiri, apabila mereka ingin mengatakan sesuatu tentang ajaran sesuatu agama hendaklah mereka merujuk kepada yang ahli didalam bidang itu dan hendaklah mereka melampirkan fakta yang tepat. Bukan sekadar andaian sahaja. Ini kerana jika berlaku kesalahan dalam maklumat, ia akan mendatangkan fitnah yang boleh membawa kepada implikasi yang buruk serta ketegangan antara agama.

Dibawah ini, diantara senarai Youtube yang berkaitan :
http://www.youtube.com/watch?v=pPwzxtfIdEM&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=5nDt8aMM2es&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=Q0Ls7QEZVDw&feature=related