23/11/2012

Syiah yang Sesat lagi Menyesatkan

Hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka mula bertapak dan mengembangkan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. 
Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yang dikenali sebagai dan Husein r.a. malah Fatimah r.a sebagai tuhan, bertawaf di Kaabah yang dibina di Karbala, menambahkan syahadat dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) dan seribu satu kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam. Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propaganda-propaganda mereka seperti bahan cetak, teknologi internet, orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran dan sebagainya. Fahaman Syi‘ah ini semakin tersebar luas apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkannya secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
     

         


PENDAHULUAN
     Apakah Syiah ini? Syiah (terutamanya, Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyah atau Jaafariyah yang diamalkan di Iran dan Iraq) ialah sebuah ajaran yang memaki dan mengkafirkan sebahagian besar sahabat nabi s.a.w. seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah r.a. Ajaran ini juga mengatakan al-Quran yang ada
sekarang ini telah diselewengkan, juga mengatakan Allah jahil, Imam-imam mereka adalah maksum malah lebih dari nabi dan malaikat, menganggap Ali dan Risalah ini cuba untuk memberi gambaran sepintas lalu, tetapi memadai untuk mendedahkan siapa sebenarnya golongan Syiah ini dan untuk membantah mereka yang berpendapat ianya adalah mazhab kelima dalam Islam. Golongan Syiah mendakwa ajaran mereka kononnya datang dari anak cucu nabi s.a.w. (ahlul bait) dan kononnya mereka sahaja yang mencintai ahlul bait. Risalah
ini akan mendedahkan bahawa Syiah ialah bukan sebahagian dari Islam malah sebuah agama lain.
    
 "Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi’ah. Mereka diangkat sebagai Imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangk at Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s. sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan)."


        Syi`ah ini dianuti secara meluas, khususnya di Iran. Puak Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah. Presiden Syria Basyar al-Assad yang sedang menyembelih umat Islam di sana juga merupakan penganut Syiah.


SIAPAKAH SYI‘AH?
Syi‘ah ialah golongan yangmendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain. Mereka juga mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang. Inilah perkara pokok yangmembezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnyamasing-masingmempunyai konsep mengkafirkan sahabat. Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul di dalam masyarakat sekarang ini ialah berhubung dengan Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah. Syi‘ah inilah yang dipertikaikan oleh para ‘ulama’ di setiap tempat. Mereka adalah ramai bilangannya dan agak popular terutamanya selepas tercetusnya revolusi Iran. Dibawah ini secara ringkasnya :



SYI‘AH IMAMIYYAH ITHNA ‘ASYARIYYAH
Syi‘ah Imamiyyah Ithna ‘Asyariyyah ialah Syi‘ah yang mempercayai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti di bawah ini:-
1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H)
4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin (wafat 117 H)
6. Ja‘far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa al-Kazim bin Ja‘far as-Sadiq (wafat 183 H)
8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin ‘Ali al-‘Askari (wafat 260 H)
12. Muhammad bin Hasan al-‘Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)



IMPLIKASI SEKIRANYA AJARAN SYIAH MENULAR 
1. Agama Islam :
    Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.
2. Kerajaan :
    Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan
    didiskriminasi.
3. Ummah :
    Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah seperti yang berlaku di
    Syria.
4. Keluarga:
    Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.





TEMPAT BERHIMPUN ATAU 'HAUZAH'
       'Hauzah' di Gombak, Selangor, Perak, Kedah dan di Johor. Kehadiran mereka amat dirasai bila tibanya 10 Muhamaram setiap tahun di mana mereka akan menyiarkan rencana berkenaan Karbala dan mengadakan sambutan di hauzah-hauzah mereka. Mereka aktif berdebat di internet dan menyebarkan buku-buku, risalah propoganda dengan meletakkannya di masjid-masjid atau tempat-tempat tumpuan awam. Ramai umat Islam telah terjebak dengan kumpulan ini melalui perkahwinan dan pendidikan. Mereka juga bergiat cergas di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada di antara mereka yang menyebarkan doktrin ini melalui karya sastera dan bergiat cergas dalam politik kepartian.

       
FATWA KEBANGSAN DAN NEGERI
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan pengamalannya di
Malaysia. Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi‘ah;
Selangor: 19 Januari 1998
W.Persekutuan: 3 April 1997
Terengganu: 25 September 1997
P. Pinang: 16 Januari 1997
N.Sembilan: 12 Mac 1998
Kelantan: September 1987
Perak: 2012

Rujukan Lanjut: www.islam.gov.my/e-rujukan/ syiah.html




ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM
     Golongan Syi’ah ini dinamakan Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang Imam dengan ciri-ciri yang tertentu. Mereka juga dikenali dengan Imamiyyah sahaja. Nama lain bagi mereka ialah Ja’fariyyah kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan dengan Imam Ja’far as-Sadiq. Rafidhah juga merupakan gelaran mereka kerana fahaman-fahaman dan ‘aqidah-‘aqidahnya yang melampau. Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat2 yang lain di dalam peristiwa raj’ah (kebangkitan sebelum kiamat).
           Mereka juga percaya kepada al-bada’ (tuhan jahil), penyelewengan al-Qur’an, kemurtadan para sahabat termasuk Sayyidina Abu Bakar, ‘Umar, ‘Utsman r.a. dan sahabat-sahabat besar Rasulullah s.a.w. yang lain, kemaksuman (tidak berdosa) para imam. Secara ringkasnya : 
           
1. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan salah satu ciri yang tidak dapat   
    dipisahkan dari ajaran Syi’ah dan memisahkannya bermakna meruntuhkan ajaran Syi’ah itu sendiri. Al- 
    Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq 
    tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat 
    Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad”. (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). 
    Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad 
    sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah 
    yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- 
    Farisi.”(ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal 245).

2. Kepercayaan Bahawa Imam 12 Dilantik Dari Pihak Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan 
    Imam Dianggap Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dinyatakan dalam Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh 
    Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: Akidah Kami Tentang Imam itu Maksum Kami mempercayai 
    bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk 
    dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa 
    sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Khomeini menyatakan: 
    “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, Al-Hukumah 
    Al-Islamiyah, hal. 91) Khomeini berkata lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji 
    yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul". (Al-Hukumah al-
    Islamiah – hal 52)

3. Al-Bada.’ Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud nyata sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut 
    akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah ilmu Allah berubah-ubah berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku. Dalam 
    kata lain, Allah mengetahui sesuatu perkara hanya selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud 
    Allah jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin 
    Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan  
    Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik dari pihak Allah) dan beliau telah mengisyaratkan
    kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: 
   “ Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku 
     kepadanya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).



PROPAGANDA DAN KAEDAH YANG BIASA DIGUNAKAN OLEH SYIAH
1. Hanya Iran & Syiah mampu melawan Amerika & Zionis. Hakikatnya, Iran & Syiah yang membantu 
    Amerika menakluki Iraq. Presiden Iraq yang beragama Syiah, menyambut mesra Presiden Obama semasa 
    melawat Iraq. Iran juga membantu Amerika menggulingkan Taleban di Afghanistan.Hakikatnya kaum 
    Syiah yang memecahkan perpaduan dan memporak-perandakan Islam. Contohnya, Presiden Basyar al-
    Asad yang beragama Syiah membunuh sewenang-wenangnya rakyatnya yang Sunni. Puak Hizbullah 
    menyusup masuk ke Syria untuk sama-sama membantai kaum Sunni dan Iran membekalkan senjata pada 
    Syria. Al-Quran yang dibaca di Iran adalah sama seperti yang ada pada orang Sunni. Sememangnya Syiah  
    tidak dapat mengemukakan al-Quran yang lain pada masa ini, tetapi Syiah mendakwa dalam kitab mereka 
    bahawa al-Quran yang lengkap dan benar berada di tangan Imam Mahdi yang belum muncul. Sehinggalah 
    Imam Mahdi muncul, kaum Syiah terpaksa menggunakan al-Quran yang sedia ada. Musuh yang paling 
    dibenci oleh Syiah ini ialah golongan Ahlu Sunnah yang berfahaman Manhaj Salaf asSoleh pada zaman ini 
    atau lebih dikenali dengan nama gerakan Tajdid , Salafi atau Ghuraba'. Ini kerana golongan sunnah 
    tersebut banayk menangkis dan membongkar kesesatan dan kerosakkan yang dibawa oleh ajaran Syiah.

2. Taqiyyah (Berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari  

    ajaran Syi‘ah . Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Riwayat-riwayat tentang
    pentingnya taqiyyah di sisi Syi’ah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka. Antaranya apa
    yang dikemukakan oleh al-Kulaini: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku
    "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan
    tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu,
    kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf (al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217).” Di antara
    hakikat taqiyyah ialah apa yang disebutkan oleh Imam Jaa’far As-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid
    (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa
    menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh
    Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

3. Penyelewengan Al-Quran. Golongan Syi’ah terutamanya ulama-ulama yang menjadi paksi kepada

    agama mereka beri’tiqad bahawa al-Quran yang dihimpunkan oleh sahabat-sahabat r.a. dan berada di
    tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Antaranya Sayyid Ni`matullah al-
    Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi‘ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang
    sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-
   Quran (An-Nuuri At-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada
   lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan
   berlakunya tahrif (penyelewengan) di dalam al-Quran.

4. Menghalalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan di atas nama Islam. Nikah

    Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu
    dengan sedikit maskahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-
     perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (al-Kafi jilid 5, ms 286). Malah perempuan yang
    ingin dimut`ahkan tidak perlu ditanya samaada isteri orang atau tidak. Perkahwinan ini semata-mata
    berlandaskan nafsu dan untuk berseronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita (Wasaailu AsSyiah jil.
    14 hal. 480). Diriwayatkan daripada Muhammad Al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan
    termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah
    perempuan yang disewakan.” (al-Kafi jilid 5, ms 284). Tidak menganggap halal mut’ah seolah-olah tidak
    beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang
    tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu al-Faqih jil.3 hal
    458)

5. Menghantar pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta

6. Menaja atau menggalakkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran atau mendapat latihan kemahiran di
    Iran
7. Mengubah teks kitab-kitab ulama muktabar tanpa disedari seperti meletakkan "a.s." selepas nama
    Sayyidina Ali
8. Menyiarkan artikel berbau Syiah di akhbar perdana dan majalah-majalah
9. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam. Unsur-unsur Syiah juga
    diselitkan dalam bentuk pemberian cenderamata seperti penanda buku, sampul kad raya, rantai kunci,
    kalendar dan lain-lain
10. Mendekati dan mempengaruhi penulis-penulis novel / sejarah terutama novelis atau penulis dalam sejarah
      Islam
11. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam dan menggalakkan hubungan dagang
      dengan Iran
12. Menyusup masuk dan bergerak aktif di dalam parti, NGO jemaah-jemaah Islam bertujuan
      mendakyahkan ahli-ahlinya ajaran Syiah
13. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan melibatkan diri dalam sistem pengajian tersebut
14. Mengedarkan filem-filem propaganda syiah yang antara lain intipati utamanya adalah memburuk-
      burukkan sahabat Nabi s.a.w.
15. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Sunni
16. Bergerak aktif di radio dan tv samaada sebagai penceramah jemputan atau pemanggil. Mereka juga aktif
      menyebarkan dakyah Syiah di alam siber dan berdebat di forum-forum sunni.q
17. Memperkudakan dan menggunakan aliran-aliran tareqat dalam menyampaikan ajaran Syiah contohnya
      seperti amalan khurafat dan bida'ah.
18. Memperlagakan dan melaungkan istilah 'Wahabi' kepada orang islam ahlu sunnah yang jelas menentang
      mereka (Syiah).


FATWA, FIQH PELIK DAN PEMBOHONGAN SYIAH
Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” 
(Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)


Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur,dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya
 telahpun ditutup.” 
(Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzibal-Ahkam j.1 hal. 374)


Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” 
(Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)


Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” 
(Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)


Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” 
(Al-Istibsar j. 3 hal. 141)


Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. 
(Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19 & 20 surah ar-Rahman yang bermaksud:

“Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masingmasing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah
adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”.
 (Tafsir al-Qummiil. 2 hal.345)



TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH
1. Tambahan Kalimah Syahadah Syiah dengan maksudnya :


Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, 
Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah



2. Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
3. Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
4. Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa
    sebarang sebab.
5. Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
6. Sujud di atas batu Karbala atau sesuatu yang dilapikkan dengan benda kecil ketika solat.
7. Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
8. Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik dan udang tanpa sebab(uzur syari'e)
9. Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
10. Memarahi orang yang puasa Asyura.a
11. Sering memperkatakan tentan keperluan kepada 'imam' zaman ini (imam mahdi).
13. Gemar bersolat tanpa sebab di kubur-kubur 'imam' mereka..
14. Gemar mengamalkan khurafat dan bida'ah (setelah ditegakkan hujjah dan dalil)
15. Mempunyai gambar/lukisan wajah yang dianggap mereka sebagai wajah Sayyidina Ali r.a, Sayyidina
      Hussien r.a dan Sayyidina Hassan r.a.
16. Gemar bersyair dan berlagu dengan kisah-kisah sedih yang berkaitan dengan peristiwa Karbala.
17. Gemar berpakain berwarna hitam , khususnya jubah hitam.


Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:

1. www.islam.e-fatwa.gov.my/fatwakebangsaan/
syiah-di-malaysia
2. www.abunaaielah.blogspot.com
3. www.tenteradajjal.blogspot.com
4. www.hakekat.com
5. www.kr-hcy.com/shia
6. www.videosyiah.com
7. www.alburhan.com/
8. www.darulkautsar.net
9. http://syiahmalaysia.blogspot.com (Marilah ke arah sebaik-baik amalan)(Aku bersaksi bahawa Ali adalah
    khalifah yang dilantik oleh Allah)

NOTA: SEBARKAN RISALAH INI JIKA ANDA PRIHATIN TERHADAP ANCAMAN

YANG MELANDA AKIDAH UMAT ISLAM


Sumber dari :  www.darulkautsar.net dan di edit oleh alqayyim.perak.blogspot.com